www.kekabu-asli.com
Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa. Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
Kami merupakan pengedar dan penjual produk kekabu di Lembah Klang. Selain itu,kami juga menjual pelbagai jenis dan corak tikar buluh dan cadar pada harga yang amat berpatutan.Kami juga menjual di pasar malam Pantai Dalam (berhampiran Flat Sri Angkasa) pada setiap Rabu dan Sabtu. Pelbagai pilihan produk terdapat di kedai kami yang bertempat seperti di alamat berikut:
Kekabu Asli & Kraftangan Enterprise
GK1-No.4, Bazaria Pantai,
Jalan Pantai Permai 2,
59200 Kuala Lumpur,
Malaysia
Klik di SINI untuk cari kami di Google Maps
Waktu perniagaan: 10am-10pm (Isnin-Ahad)
Tel: 013-3040895 (Ismail)
016-6501640 (Rosnah)
Urusan penghantaran juga boleh diaturkan untuk pembeli yang berada di Lembah Klang.
No comments:
Post a Comment